hijau2 si pokok

hijau2 si pokok


sy sayang ibu saya

sy sayang ibu saya

Sunday, September 25, 2011

AKU INGIN SEPERTI DIA

huhuhuhuuu....terasa tenang menjadi blogger..sebab apapun aku boley luah kt sini..dah terasa bertuah jugak sebab bole cari inspirasi dan menghayati bloger lain...

"aku ingin seperti dia" , matangkanlah aku? diriku tidak seperti usiaku...maturedkan mindaku ya Tuhan...supaya aku bole jadi seperti dia...

manusia, punya cara masing2...manusia punya sifat masing2...tapi aku? aku tertarik dengan cara dia...cara dia bercakap, cara dia meluahkan sesuatu, dan cara dia berfikir. tidak perlu utk meniru atau menggayakan cara org lain, tapi jadilah dri kita sendiri..tapi ak sgt teruja bila kenal dan tahu siapa dia sebenarnya...seorg yg suka berfalsafah jugak rupanya...hehehe...

Friday, September 23, 2011

BALAS JASA MEREKA

salam..hari ni rasa cm nk menulis plak..huhuu...ermm..tetiba pas test tadi terdetik kt hati ak, kalo ak xdpt balas jasa org tua kt ak cm mana?? xberbaloi ak ditanggung utk blaja di private universiti...apa pun dengan NEKAD dihati ak xnk kecewakan org yg dah banyak berkorban utk ak..terutamanya mak ak..dialah satu2nya insan yg tulus memahami ak...insan yg ada kt hati ak...

lepas test LE td terdetik kat hati rsa sayu...berjauhan dengan keluarga...baru sekarang ke ko nk sedar??? dah 3 thn dah ko kt sini xder pun ko nk sedar..org lain blaja tau erti susah senang kan.. tapi ak cm seolah2 tau tapi buat2 xtau..tahla...insafilah wang sang diri!!...kenalilah drimu....

aku hanya manusia biasa. tidak sempurna manusia. bukan ank org kaya pon. ak org miskin je...anak yatim lagi...setelah ayah tiada,ak jadi anak yatim..tangisku rindukan ayah, tak siapa pun peduli...biarlah. biarlah ak bangkit ats semangat yg tertanam dalam dri. biarlah ak mara ats niat nak balas jasa mak ayah ak..

"ingat kita bukan anak org senang...ada duit tu simpan, jimat cermat, beli yg berpada2 je. beli atas keperluan bukannya kemahuan. jgn dituruti sgt nafsu tuh. ingat duit susah nk cari..sebab kita bukan org senang..peluh pah ko keting eh nok buleh ko samah seriyal..ingat tuh. pege hok tuh.

blaja la sungguh2...biar ngapuh...bia buleh balas smula jasa org tua..ak xder sapa2 lg kt dunia ni. ak ada mak ak je. ak nk bahagiakan hati dia. ak xnak dia kecik hati ngn ak sedikit pun...ak nk jadi anak yg baik utk dia..utk mak , ayah ak..

Wednesday, September 21, 2011

S.E.S.A.L~

Assalamualaikum....dah lama pelangi xisikan entry ni kan...bukan apa pelangi bz skit sejak kebelakangn ni...bnyk test bagai...huhu...kdg2 rasa penat...huh...ni baru ada ksempatan pelangi nk updare entry ni...

S.E.S.A.L~

mmg pelangi sesali akn perbuatan pelangi waktu lepas2...ak xbersyukur dgn nikmat Allah yg diberikan aku. padahal...di akhirat nanti aku akn disoal...bukan mulut ak yg jawab..tp anggota badan yg lain...sedarilah wahai sang jiwa, bahawa nyawa yg diberi ni pinjaman je...ingatilah kontrak hidup kita kt dunia ni sekali je..pastu sementara je...xbersifat kekal pun...


Ya Allah, hari ini, aku menyesal akn apa yg dah aku buat...ak mohon taubatMU...terasa dri jauh dari rahmatMU ya Allah...berilah ak ruang dan peluang utk mendekatkn dri padaMU disamping ak memuhasabahkan dri sendri...hanya ENGKAU tempat ak bermohon..tempat ak berminta..



Ucapan salam untuk semua
Semoga berbahagia
Mendapat rahmat limpah kurnia
Tuhan yang Esa

Irama kasih daripada kami
Berpesan mengigati agar tak lupa diinsafi
Itu tanda iman dihati

Hidup didunia Insan mudah alpa dan leka
Pentas persingahan sementara
Nikmat dan musibah senang, susah kita diuji
Dengan hidayah Tuhan
Moga selamat kita hadapi

Subahannallah, Alhamdulillah
Pujian bagi Allah
Harapan disandarkan
Hanya pada Allah

Pesan memesan pada kebaikan
Besabar demi Tuhan
Turutkan rasa kelak binasa kerugian

Maafkan saja sesama saudara
Besatu maju bersama
Hidup aman makmur
Dengan rahmat-Nya
Berkekalan hingga akhirnya

Wednesday, September 7, 2011

TENANGLAH SANG HATI

salam semua...rasa cm malas je nk tulis entry kali ni....cuma rasa cm kurang tenag sebab test LE ak dpt gler truk!!! sedih kot....mls la pelangi nk menulis....will be continue...

Saturday, September 3, 2011

written by kasturi orkid

Part 3



Tanta, 10 am





Begitu suffiyyah berlalu, saeif hanya terdiam dan menjawab salam sambil menanti seribu harapan untuk mendekati suffiyyah dan mengenalinya lagi dekat. Bukan kata nk kenal lagi dekat, malah nama si suffiyyah pun saeif xtahu lagi..cm no den ni?? Huhuu..saeif hanya memerhatikan suffiyyah berlalu pergi..dan terdetik juga dikepalanya bagaimana anak gadis sepertinya berjalan kaki sejauh 120 km dari kaherah ke tanta? Kuatnya wanita itu? Apa dia dianugerahi kuasa luar biasa? Kaki besi?? Atau ada sayap?? Haha..semuanya dongeng semata2…hahahahaha…setelah 10 minit suffiyyah berlalu maka datanglah sahabat lama si saeif ni muqarrabin dan mujahid…muqarrabin penuntut tanta dan mujahid adiknya..setibanya saeif di tanta, qabin membawa saeif berjalan sekitar El-gharbeya..selepas itu saeif ke mounsura bertemu saahabat sekuliah sewaktu di Cairo sekejap seketika dulu..walaupun hati saeif bergelora ingin tahu siapakah suffiyyah..namun dia tidak bertanya sedikitpun kepada qabin..dia hanya diam seribu bahasa…padahal dia yakin qabin mesti tahu dan barangkali kenal dengan wanita dambaannya itu kerana mereka pun satu jurusan…saeif mengetahui suffiyyah jurusan medical kerana sempat terpandang buku science human of biology yg dipegang suffiyyah ketika waktu menunggu kereta api sebelum sampai ke tanta…







Monsoura, 11am





Saeif terbang ke madinah kembali kerana kuliahnya 3 hari lagi. Hatinya berdebar2 seolah2 ada yg tidak kena..dia teringat kepada wanita berpurdah itu…hatinya mmg betul sudah tertawan..dia sudah tidak keruan…







Seminggu berlalu saeif di madinah, pengajian nya seperti biasa masih lagi boleh dibanggakan…dia merupakan salah seorg majlis tertinggi pelajar Malaysia-madinah harus menganjurkn satu program utk menarik minat anak muda kepada budaya2 melayu-islam…adat2 melayu. Dia dipertanggunjwbkn memberi ceramah berkaitan adat dan sejarah melayu. Program ini melibatkan 3 buah universiti iaitu, tanta, alexandaria dan madinah..







part 4



Madinah, 9.00am



Sewaktu di majlis anjuran universiti islam madinah (syarah of malays culture), saeif ditugaskan mempengerusikan majlis. untuk permulaan majlis, dia mulakan dengan alunan ayat2 suci al quran nulqarim..dalam 1 juzu'. selepas selesai mengalunkan bacaan, saeif kembali menjadi pengerusi. setelah kembali ketempat asal sebagai pengerusi majlis, saeif sedar ada mata yang sedang memerhatikannya. hatinya yakin benar, mata itu adalah wanita misteri yang dia cari...wanita pujaannya. setelah saeif memandang audience, ternyata mata itu adalah wanita itu...wanita itu adalah suffiyyah...dan ternyata mata itu adalah suffiyyah. Saeif diminta utk memanggil nama seseorg untuk melantunkan puisi2 tradisional arab kuno utk permulaan majlis. Setelah nama amani suffiyyah Abdullah Abdul Sallem Al-Arghabiyyah dipanggil, saeif terkejut apabila wanita itu bangun lalu menuju ke pentas.



SubhanaAllah...syahdunya bacaan puisinya...penuh dengan mesej tersirat. suffiyyah mulakan dengan beberapa bait hadis sebelum berpuisi. setelah itu, maka tahulah si saeif akan nama wanita dambaannya itu. wanita itu adalah amani suffiyyah.



Setelah majlis selesai, maka bersurailah semuanya. alhamdulillah ungkapan pertama keluar dari mulut saeif..syukur ya Allah semuanya berjalan lancar. masing2 telah pulang ke hotel. setelah selesai uruskan apa yang patut, saeif pulang ke hostelnya. dia melalui laluan anak tangga yang ada di sebelah dewan tadi. disebabkan seronok sangat dapat tahu nama wanita itu, saeif terlanggar suffiyyah yang juga melalui tangga yang sama. lalu tercampaklah buku2 sufiyyah yang dipegangnya dan sufiyyah terjatuh dan terduduk lalu purdahnya terus tertanggal serta pin purdahnya tercampak dan tergolek pada kaki saeif. suffiyyah tidak menyedari akan hal itu. masing2 terpandang sesama sendiri. agak lama..haha..limit minit jugak la mereka berpandangan. setelah itu suffiyyah mengalihkan pandangannya ke tempat lain dan saeif tergamam dan rasa bersalah kerana terlanggar suffiyyah lalu dia memohon maaf kepada suffiyyah serta mengutip buku2 suffiyyah dan beri pada tuan punya buku.. sampai 10 kali lontaran maaf dibuat. suffiyyah tersenyum lalu mengangguk kerana malu lalu beredar dari situ. dalam hati saeif, ya Allah, bidadari Allah dari syurga yang ke berapa ni yg dikirimkan padaku ini?? hehe..saeif tersenyum lalu mengambil pin yang ada dikakinya...dipegang lalu disimpan..







Friday, September 2, 2011

written by kasturi orkid

Cerpen : cinta Da’e minang Dan “serambi makkah”.

Sinopsis : mengisahkan seorang Da’e yang berasal dari rembau, negeri Sembilan yang merupakan keturunan minangkabau. Saeif imran terpesona dan terpikat hatinya kepada seorang wanita anggun lagi solehah di masjid nabawi di madinah sewaktu menyiapkan tesisnya di universiti madinah. Wanita yang Berjaya menambat hati saif adalah amani suffi. Seorang gadis berdarah campuran melayu-pakistan yang berasal dari turki dan menetap di Kelantan darul naim. Mereka sama2 penuntut di timur tengah. Bagaimanakah kesudahan cinta saeif pada suffi?? Ikuti cerita mereka..hehehe..



Madinah, 3.00pm



part 1







Sekitar 2009, langit mendung awan kelabu menandakan sepertinya hujan ingin turun membanjiri bumi anbia…tanggal 12 april 2009 Ahmed saeif imran adalah satu2nya jejaka tampan kesayangan desa rembau, n9 yg Berjaya memijak kakinya ke tanah madinah…beliau seorag yg bijak dengan bait2 kata2nya…luhur budi bicaranya…terpaku dek mata melihatnya…tertawan dek hati memandangya…dia,,,saeif jadi rebutan anak gadis desa rembau tatkala memberi ceramah di surau2 di sekitar kuala pilah, jelebu dan rembau.

Saeif Berjaya menyambung pengajiannya dalam jurusan usuluddin di unversitas al madinah.tatkala Berjaya dalam STAM yg diambilnya….dia anak jati berketurunan minangkabau sangat kurang arif dengan penggunaan bahasa inggeris namun sangat pintar dan petah sekali dalam arab komunikasi…

Saeif seorang mahasiswa yg aktif dalam persatuannya dalam menegakkan syariat dan hukum Allah. Dia tidak menidakkan hukum Allah..malah mencegah lagi yang mugkar…seorang yg sgt arif tentang al-quran…juara debat perbahasan hadis antarabangsa..dia mengenali amani suffi, seorang gadis melayu-pakistan yg berketurunan Pakistan. Tetapi menetap di Kelantan. Pertama kali saeif melihat suffi sewaktu dalam perbahasan dan pertandingan puisi2 tradisional melayu yg dialih bahasa kepada bahasa arab kuno…memang suffi sgt arif ttg puisi2 arab kuno dan tradisional melayu…kali pertama memandang suffi yg hanya berpurdah hatinya terus tertawan… sayu, hati saeif mendengar bait2 syair dan puisi yg dilantunkan suffi…subhanaAllah… ya Allah, jika dia pilihan Engkau terhadapku, sungguh aku terima dengan hati terbuka…maha suci Allah yg mempertemukan aku sama dia…. Bisik hati saeif…





part 2



kaherah, 10.45am



Saeif dan suffi adalah berlainan tempat pengajian...mereka memang penuntut di timur tengah, tetapi mereka bukan dalam satu bidang dan juga bukan dalam satu universitas. Saeif mahasiswa jurusan usuluddin dan suffi pemegang master dalam bidang medikal. suffi universiti tanta, cairo mesir dan Saeif pula universiti al madinah, madinah. mereka sering berjumpa secara tidak sengaja sewaktu saeif acap kali berkunjung ke tanta untuk berhubung dengan teman lamanya. waktu itu sering kali saeif memerhatikan suffi dari jauh, sewaktu suffi sedang ralit membuat perbincangan bersama2 teman seperjuangannya di tanta. Pertemuan kedua mereka sewaktu suffi tertinggal bas sewaktu dari kaherah menuju ke tanta. sewaktu itu Saeif juga ada disitu sedang menunggu sahabatnya untuk menjemputnya berjalan2 sekitar tanta. pertemuan kedua ini cukup menguji..antara diolog mereka adalah :



saeif : assalamualaikum ya ukhti??

suffi : wa'alaikumussalam wbt...

saeif : ismi saeif...kaifahal ya ukhti?

suffi : alhamdulillah ana bikhair...wa anta?

saeif : ana birkhair...syukran.

suffi : anta sudah lama menunggu bas disini?

saeif : laq ya ukhti...ana tunggu sahabat ana..dari tanta...ouhh bisa ya saudari berbahasa malaysia? apa ukhti dari malaysia?

suffi : tanta?? anta mahu ke sana juga kah? ouhh iya...ana juga sudah bergelar warga malaysia.

saeif : sudah bergelar?? maksud anta??

suffi : ana bukan malaysia pure...

saeif : iya laa ana tau itu..hahaha...kelakar juga ukhti ni..apa ukhti ni bukan penetap asal malaysia?

suffi : iya laa...ana berbangsa turki..tapi sudah lama di malaysia.

saeif : anta mahu ke mana?

suffi : ke tanta...

saeif : ouhh sama la destinasi kita...tapi lainnya juga kan..ana tdk naiki bas...tapi ya sudah lama sih ana disini..tiada satu pun bas yg lewat ke sini..

suffi : masyaAllah...begitukah ya akhi? ana sudah telat mahu ke kuliah...lagi ada musabaqah lagi ni...bagaimana ya?

saeif : bagaimana bisa ana tolong ya? kurang manis jika ana, sebagai seorg muslim ingn mempelawa seorg wanita bukan muhrimnya menaiki satu kereta dengan ana nanti??haram hukumnya. bagaimana ya?? apa ukhti tiada sahabat yg punyai transpot?

suffi : ana tahu batas dan adat seorg wanita muslim. tidak perlu saudara bahaskan lagi. Assalamualaikum....



lalu suffi terus pergi berjalan kaki meninggalkan saeif seorg dri...saeif remaja islam muslim yg kuat agamanya tidak menjejakinya..sebaliknya menjawab salam dari suffi dengan tenang hati...wa'alaikummussalam wbt..illalliqaq...lalu suffi tdk menyahutnya lagi..