hijau2 si pokok

hijau2 si pokok


sy sayang ibu saya

sy sayang ibu saya

Friday, May 21, 2010

reUn!oN - 2010-

YESTERDAY 5.00PM..pcb.

Reunion yg kami plan alhamdulillah berjalan dengan lancar..Terima kasih buat kawan2 yg memberi kerjasama seluruhnya..bersyukur saya kehadrat Allah, kerana memberi kesempatan untuk bertemu dengan kawan2 yg sudah lama tidak bersua..kami terpisah setelah lepas spm 2005.(5 tahun berlalu)..dan ada di antara mereka yg tidak bersua mukasetelah 10 tahun..alhamdulillah..akhirnya ternyata ukhuwah yg sekian lama terenggang kini terjalin kembali..hehe..pantai cahaya bulan (pcb) adalah tempat yg kami pilih untuk mengadakan reunion ni..sungguh mendamaikan pantai itu apabila gelora ombak kami saksikan dan kicauan burung2 pulang senja..dan yang paling saya tidak menduga ada juga kuda2 yang berkeliaran di pantai itu..hehe..


Setelah senja menjelma, kami masing2 sibuk mencari tempat untuk solat..kami ingatkan di chalet ini ada disediakan kelengkapan bersolat..ternyata tanggapan kami salah!..saya dengan berani..hehe beranikah?menawarkan diri untuk pergi nego ngn makcik yg menguruskn chalet utk meminta kebenaran menumpang rumah makcik tu untuk seketika kami bersolat (pinjam telekong)..huhuhu..


Setelah itu, saya yang memberanikan diri memulakan sesi bicara dengan makcik tu..yela kan, kita dtg bertandang umah org..tak kn la xnk bercakap apa2..saya yg pd mulanya senyap terdiam, memulakn bicara dengan mengambil tahu pasal chalet, pantai, kediaman n everythg sehinggakan sampai bab mancing memancing pun saya p tanya gak kt makcik tu..apa daaa..hehe..


Setelah segalanya selesai, kami ke lokasi bbq-nite..tergerak juga hati ingin membantu bakar2 ayam,tp saya jadi malu pabila sy sorang shj yg beriya2 nk tlg n org lain asyk menyembang mengetahui perkembangn kwn2..so, sy terikot la sama,,terpaksa membatalkn niat utk membantu..ishh..jahatkan..hehe..


PABILA USTAZ TIBA..kami mulakan majlis bbq mlm itu yg sudah pun siap semuanya dengan bacaan doa dari ustaz khairul anan..setelah itu semua la pakat mkn2..n sambung snape2 picture yg dari ptg td lagi duk snape2 xsudah2..kpd cik jue, hantu picture..dlm kamera cik kasturi melati semua gambar ada gambar awk..n kpd cik annisa kharmi, kenapakah gambar anda spt itu..thats so funny..hhehe.kpd ncik hidayatil hadi..terima kasih banyak kerana menumpangkn saya dan menghantar kami pulang dengan selamat pd mlm semalam. sampai umah jam 11pm..kpd cik jue, hang hepi na dapat jumpa geng2 skool rendah..kpd paan, mesti hang da xjumpa kn masakan melayu bila awk dah berhijrah ke kl, singapore nanti kn..paan jgn risau, kami sentiasa igt kwn2 lama kami..kepada nurul asmatulhusna, siti khadijah, siti aminah, aida agil,dan yang lain syukran jazilan atas semuanya ye..kepada penganjur kita, ncik aminazeri amihan terima kasih atas segalanya juga. kpd saudara mohd akif thanks juga cz prihatin kpdku..kpd buyang ( mukfakhran mukhtar) kesian ko awk kna lambung tohok laut..hahaha..kelakar jugop sero..dah la 2x kot kna..kepada yan, w.haszerila, izehan lama xjumpa korang, tp u ol still maintain cm dulu gak..kepada saudari shamifaten, cik maryuni, cik natasha best la jumpa korang..lama doh xjupo...study molek blako deh..kpd yusyatimy, khairul anan, muhammad farhan ( paan) good luck to u ol gak eh..kpd saudara khairil ( keryl) saya kagum ko awk, walau sore awk mari jugop..bagus2.tp maaflah kalo masa awk mari tu mknan pakat abes blako doh..sy xtau awk g ngatek..kpd saudara mohd adnan ( mat ne), shahrul, 'ifwat n semua yg datang semalam all da best to u ol..memori at pcb pd mlm itu sy akn kenang selamanya...ianya akan terpahat indah di sudut hatiku..akhir kata,saya ucapkan selamat maju jaya kepada semua yg hadir pada malam itu..wassalam..

Thursday, May 20, 2010

gathering ex-ssktm -medan selera kg kraftangan, kb

Ya Allah...hanya padamu daku memanjatkan rasa syukur yang tiada penamatnya..Alhamdulillah, semalam 20 MEI 2010, kami dipertemukan semula setelah hampir 10 tahun kami tidak bersua muka, berkongsi cerita, bergelak ketawa..masing2 sudah besar panjang rupanya..saya kira dah lulus untuk bergelar seorang abi atau bapa..untuk khairul anan dan muhammad farhan..hehe..


PERTAMA kali saya duduk semeja bersama khairul anan dan muhammad farhan(paan)..degup jantungku bergedup kencang sepertinya mahu rebah kebumi..hehe..mana tak nya hanya sekuntum bunga sahaja yang hadir ketika itu.(kasturimelati).si dua kumbang lagi si jejaka tampan..hehe..tampankah???huahuahuaa..semestinya kamu menjadi rebutan para gadis diluar sana..saya not in ur list ok..hehe..saya orang pertama tiba di perkarangan medan selera kampung kraftangan saat itu..hati berbaur2 takut dan terasa seperti tidak sabar ingin ketemu dgn kawan2 lama..tetapi harapan itu hanya tinggal PERSOALAN..kenapa,mengapa, sebab apa mereka tidak boleh menghadirkan diri..setibanya saya disitu, saya amat kepanasan sekali kerana cuaca begitu hangat..saya mula pelik, saya datang dengan prebek je..boleh om time..y org lain tak? tapi itu hanya bermain di benak fikiranku sahaja..

JENG3...saya tersilau ternampak paan ( muhammad farhan) dengan short pant nya seperti mahu ke pantai..hehehe..saya masih lagi cam muka nya..tetapi dia terpinga2 melihatku..sepertinya tidak berapa cam..hehe..maklumla, dulu saya ngn dia kelas lain2..but saya bergaul dengan semua orang..huhu..

Kami bergerak memasuki kedai nasi ulam itu..jam pun sudah pukul 1 tgh hari..sejam berlalu pd masa yg ditetapkan..setelah itu, kami mengorder air..paan dengan teh o aisnya dan saya dengan sirap selasih yg sedap itu..tiba2 handphone paan berdering..paan tell me khairul anan nk datang..dah on da way..saya mula rasa sedikit malu..maklumla kwn tidak sekelas kan..


TENG3...dia dah datang dengan toleh kiri kanannya..sesampainya dia, paan tanya kenalkah dia padaku???dia menjawan KENAL..wahh..saya cukup bangga dan kagum dengan memori ingatannya,..cukup kukuh dan kuat..setelah itu..kami makan..yum yum yum...habis...licin...pinggn paan paling berkilau..si paan yg suka mkn lauk saje..huahuahua..

PABILA USTAZ BERKATA-KATA...hehehe,,saya menggelarkan khairul anan sebagai pak ustaz..dia mula memberi tazkirahnya yg panjang lebar..saya kagum dengan penyampaiannya..NYATA LAGI BERSULUH dia seorang yang tinggi ilmu agamanya..


kami borak2 dan sembang2 sampai kul 3 lebih...setelah itu kami beransur pulang..terima kasih kepada saudara muhammad farhan bin zainuddin kerana telah menaja dan membelanja kami makan..hehe..terima kasih juga buat khairul anan kerana telah memberi nasihat yang berguna kepada kawan2mu..(sedikit sesi tazkirah)...memori ini akan memjadi memori indah dalam hidupku..walaupun kami hanya bertiga ketika itu..

Wednesday, May 19, 2010

MERAIH AMPUNAN, CINTA DAN KASIH-NYA

Terasa begitu banyak kekacauan dan kegalauan yang menimpa diri sejak kebelakangan ini..Terasa diriku jauh dariMU wahai Tuhan yg mengciptakan sekian Alam..Tuhan yg tahu segala sesuatu..Terasa diri ini terlalu leka dengan arus duniawi yg tidak akan lenyap sebelum tiba waktunya yakni hari Qiamat..Saya begitu terasa jauh sangat dari sisiNYA walaupun saya mengerjakan suruhanNYA dan tuntutan agama..Saya terlalu leka, alpha, lupa akan tanggungjawab sebenar sebagai seorang khalifah di bumi Allah yg sepatutnya sudah maklum akan peranannya..saya juga lupa akan hakikat sebenar yang dilahir dan zahirkan sebagai seorang anak..malah saya juga alpha terus dengan realiti hidup saya yang merupakan seorang penuntut..Semua tanggungjawab yang sepatutnya saya pegang erat dan pikul, saya abaikan begitu sahaja dengan membuang waktu melalaikan diri dengan perkara yang tidak bermanfaat..Hari-hari yang saya lalui tiada sebarang pengisian rohani mahupun pengisian pengukuhan mental..Hari-hari yang berlalu dihabiskan dengan mengadap 'lap top' yang sebenarnya lap top itu adalah AMANAH bagi saya untuk meraih segenggam tabah dan menamatkan perjuangan di medan tempur yakni membawa pulangan segulung ijazah..