hijau2 si pokok

hijau2 si pokok


sy sayang ibu saya

sy sayang ibu saya

Wednesday, November 30, 2011

SYUKURLAH

Ak bersyukur sbab Allah masih bagi ak peluang utk berfikir. berfikir utk jadi lebih matang. payahnya diri nk nampak matang dpan umum. apa yg ak dah buat?? macam mana perilaku ak?? hari demi hari ak cari cahaya itu. cahaya yg ak dambakan supaya hadir suluhkan ak. supaya ak bisa berdiri ats kaki ak sendri. supaya ak boleh berfikir dgn lebih matang. ak yg dianggap selalu tidak matang dlm apapun jua. ayat itu amat menyedihkan ak. buat ak rasa lemah. jatuh. layu. bila ak fikir balik. kenapa 'MEREKA'katakan itu? mgkin ya dan mgkin tidak. hari demi hari aku tunggu. tunggu diri supaya jadi matang.


dan hari ini, aku bersyukur. kerana Allah temukan aku dengan sesuatu yg ak tidak temui sebelum ni. terima kasih Allah.

Sunday, November 27, 2011

salam maal hijrah

salam MAAL HIJRAH 1433 HIJRI (H)...saya lebih yakin diri untuk mendekatkan dri pada ALLAH.Saya sudah yakin! saya mencari redha, rahmat dan kasih sayangNYA...YA Allah, buka lah pintu hatiku agar aku bisa dekat denganMU.

Thursday, November 24, 2011

sehari bagaikan minit2 jam

salam semua...

sehari ak rasa bagaikan minit2 masa yg berlalu. oh Dunia, begitu pantas masa berlalu. terkadang rasa tempoh perjalanan hari begitu singkat sampaikan apa yg dirancang tidak tertunai. begitulah kehidupan..kita sbg hambaNYA hanya mampu merancang tapi Allah yg menentukan segalanya. sebaik2 rencana dan perancangan adalah rencana Allah SWT...

Tuesday, November 22, 2011

cukuplah! segalanya telahpun berakhir

cukuplah! jgn kau ingati lagi dia! cubalah utk tidak memikirkan lagi tentang dirinya. siapa dia pada kamu?? hanya manusia biasa pinjaman Tuhan. tidak perlu kamu rasa kehilangan dan tidak harus juga kamu menjadi seperti "ini". TIDAK HARUS! jgn buat drimu terumbang ambing lagi nuat kali ke3. cubalah utk tidak menghubunginya lagi. berhubung bila perlu dan perkara limit dan penting sahaja. PERINGATAN PADAMU wahai sang pemilik nama yg bermakna 'yang terpeliara'. usah kau ingati org yg tak pernah ingatimu~lalui hidup mu tanda dia. ak punyai keluargaku yg baik2.alhamdulillah..

cerpen pertamaku

Cerpen pertamaku....walau tidak sehebat habiburrahman el- shirazy, tetapi ak mahu mencuba mengarang kerna aku sgt gemar menulis..cerita ini tiada hebat mana pun..cuma sekadar bingkisan ringkas. ikutilah~



Cerpen : cinta Da’e minang Dan “serambi makkah”.

Sinopsis : mengisahkan seorang Da’e yang berasal dari rembau, negeri Sembilan yang merupakan keturunan minangkabau. Saeif imran terpesona dan terpikat hatinya kepada seorang wanita anggun lagi solehah di masjid nabawi di madinah sewaktu menyiapkan tesisnya di universiti madinah. Wanita yang Berjaya menambat hati saif adalah amani suffi. Seorang gadis berdarah campuran melayu-pakistan yang berasal dari turki dan menetap di Kelantan darul naim. Mereka sama2 penuntut di timur tengah. Bagaimanakah kesudahan cinta saeif pada suffi?? Ikuti cerita mereka..hehehe..



Madinah, 3.00pm



part 1



Sekitar 2009, langit mendung awan kelabu menandakan sepertinya hujan ingin turun membanjiri bumi anbia…tanggal 12 april 2009 Ahmed saeif imran adalah satu2nya jejaka tampan kesayangan desa rembau, n9 yg Berjaya memijak kakinya ke tanah madinah…beliau seorag yg bijak dengan bait2 kata2nya…luhur budi bicaranya…terpaku dek mata melihatnya…tertawan dek hati memandangya…dia,,,saeif jadi rebutan anak gadis desa rembau tatkala memberi ceramah di surau2 di sekitar kuala pilah, jelebu dan rembau.

Saeif Berjaya menyambung pengajiannya dalam jurusan usuluddin di unversitas al madinah.tatkala Berjaya dalam STAM yg diambilnya….dia anak jati berketurunan minangkabau sangat kurang arif dengan penggunaan bahasa inggeris namun sangat pintar dan petah sekali dalam arab komunikasi…

Saeif seorang mahasiswa yg aktif dalam persatuannya dalam menegakkan syariat dan hukum Allah. Dia tidak menidakkan hukum Allah..malah mencegah lagi yang mugkar…seorang yg sgt arif tentang al-quran…juara debat perbahasan hadis antarabangsa..dia mengenali amani suffi, seorang gadis melayu-pakistan yg berketurunan Pakistan. Tetapi menetap di Kelantan. Pertama kali saeif melihat suffi sewaktu dalam perbahasan dan pertandingan puisi2 tradisional melayu yg dialih bahasa kepada bahasa arab kuno…memang suffi sgt arif ttg puisi2 arab kuno dan tradisional melayu…kali pertama memandang suffi yg hanya berpurdah hatinya terus tertawan… sayu, hati saeif mendengar bait2 syair dan puisi yg dilantunkan suffi…subhanaAllah… ya Allah, jika dia pilihan Engkau terhadapku, sungguh aku terima dengan hati terbuka…maha suci Allah yg mempertemukan aku sama dia…. Bisik hati saeif…



part 2



kaherah, 10.45am



Saeif dan suffi adalah berlainan tempat pengajian...mereka memang penuntut di timur tengah, tetapi mereka bukan dalam satu bidang dan juga bukan dalam satu universitas. Saeif mahasiswa jurusan usuluddin dan suffi pemegang master dalam bidang medikal. suffi universiti tanta, cairo mesir dan Saeif pula universiti al madinah, madinah. mereka sering berjumpa secara tidak sengaja sewaktu saeif acap kali berkunjung ke tanta untuk berhubung dengan teman lamanya. waktu itu sering kali saeif memerhatikan suffi dari jauh, sewaktu suffi sedang ralit membuat perbincangan bersama2 teman seperjuangannya di tanta. Pertemuan kedua mereka sewaktu suffi tertinggal bas sewaktu dari kaherah menuju ke tanta. sewaktu itu Saeif juga ada disitu sedang menunggu sahabatnya untuk menjemputnya berjalan2 sekitar tanta. pertemuan kedua ini cukup menguji..antara diolog mereka adalah :



saeif : assalamualaikum ya ukhti??

suffi : wa'alaikumussalam wbt...

saeif : ismi saeif...kaifahal ya ukhti?

suffi : alhamdulillah ana bikhair...wa anta?

saeif : ana birkhair...syukran.

suffi : anta sudah lama menunggu bas disini?

saeif : laq ya ukhti...ana tunggu sahabat ana..dari tanta...ouhh bisa ya saudari berbahasa malaysia? apa ukhti dari malaysia?

suffi : tanta?? anta mahu ke sana juga kah? ouhh iya...ana juga sudah bergelar warga malaysia.

saeif : sudah bergelar?? maksud anta??

suffi : ana bukan malaysia pure...

saeif : iya laa ana tau itu..hahaha...kelakar juga ukhti ni..apa ukhti ni bukan penetap asal malaysia?

suffi : iya laa...ana berbangsa turki..tapi sudah lama di malaysia.

saeif : anta mahu ke mana?

suffi : ke tanta...

saeif : ouhh sama la destinasi kita...tapi lainnya juga kan..ana tdk naiki bas...tapi ya sudah lama sih ana disini..tiada satu pun bas yg lewat ke sini..

suffi : masyaAllah...begitukah ya akhi? ana sudah telat mahu ke kuliah...lagi ada musabaqah lagi ni...bagaimana ya?

saeif : bagaimana bisa ana tolong ya? kurang manis jika ana, sebagai seorg muslim ingn mempelawa seorg wanita bukan muhrimnya menaiki satu kereta dengan ana nanti??haram hukumnya. bagaimana ya?? apa ukhti tiada sahabat yg punyai transpot?

suffi : ana tahu batas dan adat seorg wanita muslim. tidak perlu saudara bahaskan lagi. Assalamualaikum....


lalu suffi terus pergi berjalan kaki meninggalkan saeif seorg dri...saeif remaja islam muslim yg kuat agamanya tidak menjejakinya..sebaliknya menjawab salam dari suffi dengan tenang hati...wa'alaikummussalam wbt..illalliqaq...lalu suffi tdk menyahutnya lagi..

Part 3



Tanta, 10 am



Begitu suffiyyah berlalu, saeif hanya terdiam dan menjawab salam sambil menanti seribu harapan untuk mendekati suffiyyah dan mengenalinya lagi dekat. Bukan kata nk kenal lagi dekat, malah nama si suffiyyah pun saeif xtahu lagi..cm no den ni?? Huhuu..saeif hanya memerhatikan suffiyyah berlalu pergi..dan terdetik juga dikepalanya bagaimana anak gadis sepertinya berjalan kaki sejauh 120 km dari kaherah ke tanta? Kuatnya wanita itu? Apa dia dianugerahi kuasa luar biasa? Kaki besi?? Atau ada sayap?? Haha..semuanya dongeng semata2…hahahahaha…setelah 10 minit suffiyyah berlalu maka datanglah sahabat lama si saeif ni muqarrabin dan mujahid…muqarrabin penuntut tanta dan mujahid adiknya..setibanya saeif di tanta, qabin membawa saeif berjalan sekitar El-gharbeya..selepas itu saeif ke mounsura bertemu saahabat sekuliah sewaktu di Cairo sekejap seketika dulu..walaupun hati saeif bergelora ingin tahu siapakah suffiyyah..namun dia tidak bertanya sedikitpun kepada qabin..dia hanya diam seribu bahasa…padahal dia yakin qabin mesti tahu dan barangkali kenal dengan wanita dambaannya itu kerana mereka pun satu jurusan…saeif mengetahui suffiyyah jurusan medical kerana sempat terpandang buku science human of biology yg dipegang suffiyyah ketika waktu menunggu kereta api sebelum sampai ke tanta…




Monsoura, 11am




Saeif terbang ke madinah kembali kerana kuliahnya 3 hari lagi. Hatinya berdebar2 seolah2 ada yg tidak kena..dia teringat kepada wanita berpurdah itu…hatinya mmg betul sudah tertawan..dia sudah tidak keruan…




Seminggu berlalu saeif di madinah, pengajian nya seperti biasa masih lagi boleh dibanggakan…dia merupakan salah seorg majlis tertinggi pelajar Malaysia-madinah harus menganjurkn satu program utk menarik minat anak muda kepada budaya2 melayu-islam…adat2 melayu. Dia dipertanggunjwbkn memberi ceramah berkaitan adat dan sejarah melayu. Program ini melibatkan 3 buah universiti iaitu, tanta, alexandaria dan madinah..



part 4



Madinah, 9.00am



Sewaktu di majlis anjuran universiti islam madinah (syarah of malays culture), saeif ditugaskan mempengerusikan majlis. untuk permulaan majlis, dia mulakan dengan alunan ayat2 suci al quran nulqarim..dalam 1 juzu'. selepas selesai mengalunkan bacaan, saeif kembali menjadi pengerusi. setelah kembali ketempat asal sebagai pengerusi majlis, saeif sedar ada mata yang sedang memerhatikannya. hatinya yakin benar, mata itu adalah wanita misteri yang dia cari...wanita pujaannya. setelah saeif memandang audience, ternyata mata itu adalah wanita itu...wanita itu adalah suffiyyah...dan ternyata mata itu adalah suffiyyah. Saeif diminta utk memanggil nama seseorg untuk melantunkan puisi2 tradisional arab kuno utk permulaan majlis. Setelah nama amani suffiyyah Abdullah Abdul Sallem Al-Arghabiyyah dipanggil, saeif terkejut apabila wanita itu bangun lalu menuju ke pentas.



SubhanaAllah...syahdunya bacaan puisinya...penuh dengan mesej tersirat. suffiyyah mulakan dengan beberapa bait hadis sebelum berpuisi. setelah itu, maka tahulah si saeif akan nama wanita dambaannya itu. wanita itu adalah amani suffiyyah.



Setelah majlis selesai, maka bersurailah semuanya. alhamdulillah ungkapan pertama keluar dari mulut saeif..syukur ya Allah semuanya berjalan lancar. masing2 telah pulang ke hotel. setelah selesai uruskan apa yang patut, saeif pulang ke hostelnya. dia melalui laluan anak tangga yang ada di sebelah dewan tadi. disebabkan seronok sangat dapat tahu nama wanita itu, saeif terlanggar suffiyyah yang juga melalui tangga yang sama. lalu tercampaklah buku2 sufiyyah yang dipegangnya dan sufiyyah terjatuh dan terduduk lalu purdahnya terus tertanggal serta pin purdahnya tercampak dan tergolek pada kaki saeif. suffiyyah tidak menyedari akan hal itu. masing2 terpandang sesama sendiri. agak lama..haha..limit minit jugak la mereka berpandangan. setelah itu suffiyyah mengalihkan pandangannya ke tempat lain dan saeif tergamam dan rasa bersalah kerana terlanggar suffiyyah lalu dia memohon maaf kepada suffiyyah serta mengutip buku2 suffiyyah dan beri pada tuan punya buku.. sampai 10 kali lontaran maaf dibuat. suffiyyah tersenyum lalu mengangguk kerana malu lalu beredar dari situ. dalam hati saeif, ya Allah, bidadari Allah dari syurga yang ke berapa ni yg dikirimkan padaku ini?? hehe..saeif tersenyum lalu mengambil pin yang ada dikakinya...dipegang lalu disimpan..


Part 5

Mesir, Tanta 10am

Saeif berkunjung lagi ke tanta melawat teman2 dan sahabatnya. Tiada niat dihati untuk cuba mendekati suffiyyah. Dalam hatinya telah nekad utk mencari siapa sebenarnya suffiyyah. Tetapi bukan dalam masa yg singkat ini. Setibanya dia ditempat sahabatnya, qabin, hafidz, muaammar dan ziadh, dia dikejutkan dengan berita bahawa ada seorg wanita penuntut tanta mencari seorg pakar hadis. Dia rasa terpanggil…


Setelah itu maka bermulalah titik pertemuan saeif secara rasmi dengan suffiyyah. Semuanya diatur oleh qabin dan sahabat lamanya, dan sahabat2 dari madinah yg merupakan mahasiswa Malaysia. Mereka bertemu di maktabah yg berada tidak jauh dari alexandaria tempat penuntut2 remaja wanita muslim. Mereka bertemu secara bersemuka diantara suffiyyah, balqish, amirah dengan saeif, qabin, hafidz, muammar dan ziadh..mereka berbincang mengenai satu program yg bakal dilaksanakan di turki 3 bulan lagi. Dari situlah saeif mula mendekati suffiyyah. Dan dari situ jugalah suffiyyah menunjukkan minat terhadap saeif, jejaka tampan lagi beriman.








Part 6

Istanbul, Turki 8am


3 bulan berlalu….


Selesai sudah program yg berlangsung di turki yg memerlukan khidmat dan bakti saeif…tamat segalanya…dari situlah saeif memberanikan diri menjadi gentle..hahhaa..dia memulakan bicara bertanya khabar suffi dan mula mendekatinya.cari tahu minatnya dan segala2nya tentangnya..kini, dia sudah mempunyai komitment mendekati seorg wanita yg dia mahukan sebagai isterinya…


Rembau, N9

Tempoh 3 bulan mengenali suffiyyah, saeif sudah yakin utk memberitahu keluarganya tentang hal dirinya dan suffi. Dia pulang ke rembau setelah sebulan program di turki berlalu dan menyatakan hasratnya utk memetik bunga ditaman.hehe..
Saeif menyatakan hasratnya supaya abi dan uminya masuk merisik suffi. Tetapi dibangkang keras oleh keluarganya. Keluarganya mahukan dia terus menikahi wanita pilihannya itu. Tetapi mereka mahu mengenalinya terlebih dahulu. Saeif seorg da’e yg drinya hanya mendekati tuhannya dan mencari redha Allah semata..tidak pernah membantah akan kemahuan umi dan abinya. Seorg anak yg sgt taat akan ibu bapanya.



Part 7

Madinah 2pm



Saeif hanya meminta sekeping gambr dari suffi dan menunjukkn pada keluarganya. Ibu bapanya bukan cerewet dan setuju wanita dalam gmbr itu sbg calun menantunya. Tetapi saeif masih enggan utk mengahwini suffi kerana pelajarannya masih lagi berbaki satu semester. Dia bicara baik2 dengan abi dan uminya lalu mereka faham keadaan saeif..


Berita mengenai suffiyyah akn dikhitbah dan akn dinikahi sampai ketelinga keluarga suffiyyah setelah saeif memberitahu tuan punya badan sendri..keluarga suffiyyah berdarah campuran dan mementingkan nasab keturunan. Pada mulanya mereka membantah. Tetapi setelah suffi menceritakan hal akan saeif mereka mengerti dan fahami suffi. Suffi anak tunggal kesayangn keluarga Abdullah al sallem hanya terima apa sahaja yg terbaik utk anaknya. Bg mereka baik yg anaknya pilih, baik jugalah pilihan mereka, semuanya diberi pilihan sepenuhnya kepada suffi. Semuanya terletak pada suffi. Mereka akan mengata ya.



Tawang, Kelantan.


Setelah 6 bulan berlalu, saeif menikahi amani suffiyyah. Saeif telah tamat pengajiannya. Dan amani pula sudah selesai masternya. Saeif memilih utk menetap di Kelantan, negeri yg menjadi pilihan isterinya.